Carian

Thursday, November 13, 2008

Kejam=Zalim

Kejam, zalim dan tidak perikemanusiaan adalah antara perkataan yang bermaksud negatif dan amat tidak secocok dengan naluri manusia yang sukakan kebahagiaan dan ketenangan.Zahirnya bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dan boleh dikatakan tidak berperanan diatas tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan.

Kezaliman itu ada banyak pecahannya kejam pada diri sendiri, kejam pada alam, kejam pada sesama manusia dan banyak lagi.Adalah menjadi suatu pengkhianatan kepada orang yang diberi tanggungjawab untuk dipikul tetapi tidak dapat membahagikan amanah itu secara adil kepada orang bawahannya.Namun bergitu jalan taubat itu sesungguhnya terbuka luas bagi seluruh makhluk didunia ini untuk membetulkan kesilapannya.

Kesilapan yang telah dibuat itu perlulah dibaiki dari masa ke semasa kerana hidup didunia ini adalah celaka bagi hidup yang lebih buruk dari semalam.Sikap yang negatif itu perlulah diperbaiki dan kita sebagai manusia perlulah mencari inisiatif bagi memantapkan diri ini dari sebarang ancaman yang akan manjerumuskan diri kita sendiri ke lembah kehinaan itu kembali.

Wednesday, November 5, 2008

Kehijauan

Alam persekitaran adalah amanah yang dianugerahkan tuhan kepada manusia. Persekitaran yang terpelihara keindahannya dapat memberikan kepuasan kepada makhluk didunia ini dengan kehijauannya dan keindahannya.

Flora dan fauna yang terdapat dibumi ini adalah suatu yang amat bernilai. Hidup tanpa persekitaran yang terpeelihara kebersihannya, keindahannya dan ketulenannya adalah tidak bermakna. Alam yang diciptakan ini menjadi ‘kayu pengukur’ kepada manusia bagi menilai sifat yang dimiliki mereka sebenarnya.

Manusia yang beramanah dan bertanggungjawab didunia ini adalah manusia yang mempertahankan kehijauan alamnya. Maka manusia yang merobek alam ini demi kepentingan diri adalah seorang pembelot kepada dirinya dan generasinya sendiri.Sifat dan usaha yang dilakukan manusia pada hari ini adalah sebagai warisan yang dilakukan untuk generasi akan datang.

Saturday, November 1, 2008

Keberkatan

Manusia merupakan hamba yang dijadikan didunia ini untuk melaksanakan segala amanah yang telah dijanjikan dengan Tuhan-Nya.Kehidupan ini amatlah rugi jika tiada nilai keberkatan yang terkandung didalamnya.Dalam melaksanakan janji ini, manusia perlulah mematuhi dan melaksanakan perintah-Nya dengan seikhlas-ikhlasnya bagi memperolehi keberkatan didalam segala perbuatan yang dilakukan.

Kehidupan yang dikecapi ini bukanlah kekal buat selama-lamanya, namun manusia perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam melengkapkan kehidupan didunia ini dengan ‘harta’. ‘Harta’ itu sebenarnya adalah pelengkap kepada manusia yang akan memudahkan manusia untuk melaksanakan amalan dan bukannya sebagai nikmat untuk kelalaian.

Keberkatan itu adalah amat bernilai kepada kehidupan manusia.Keberkatan dari-Nya, ibu dan bapa, para guru, ahli keluarga dan masyarakat adalah suatu keinginan yang amat diharapkan oleh manusia agar ianya dikurniakan kepada dirinya.Nilai-nilai kebahagiaan inilah yang amat dinantikan manusia didalam melengkapkan kehidupan mereka.

Maka manusia yang wujud didunia ini perlulah melaksanakan segala amalan dan suruhan-Nya dengan tenang dan memastikan ianya akan dilimpahkan keberkatan.Manusia yang dikurniakan dengan keberkatan didunia ini merupakan manusia yang amat bertuah dan ‘harta’ yang dikurniakan itu perlulah dipelihara nilai keberkatan yang dicurahkan sampai bila-bila.
Sesungguhnya keberkatan itu adalah punca bagi kebahagiaan manusia didunia ini.Oleh itu, setiap manusia perlulah berusaha mencapainya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

About Me

My photo
I am an engineering student.For more information, please contact teenagemuslim@gmail.com

Kata-kata

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Adakah blog ini

© Copyright 2008

iqra-muslim.blogspot.com

teenagemuslim@gmail.com

iqra-muslim © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO