Carian

Tuesday, December 30, 2008

Hijrah 1430H

Maal Hijrah disambut dengan meriah oleh seluruh umat Islam diserata dunia.Hijrah yang membawa banyak maksud ini merupakan suatu bulan yang amat dinantikan manusia sebagai titik permulaan dalam menanan azam yang baru dalam membentuk peribadi dan jati diri yang buruk kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik.

Pengorbanan, permulaan, atau perjalanan adalah perkataan yang amat berkait rapat dengan hijrah.Sebagai umat Islam marilah kita sama-sama memuhasabah diri dalam menjadikan hari-hari mendatang ini merupakan hari yang memberi lembaran baru kepada diri,keluarga,masyarakat dan negara kita kearah yang lebih berkeyakinan dan terbaik.SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1430H.

Thursday, December 11, 2008

Detik

Lambaian pepohon menampakkan kehijauan,
Alunan kicauan burung berterbangan,
Sahutan unggas-unggas menenangkan,

Lihatlah,
Detik-detik kedamaian,
Mengusik jiwa,

Lihatlah,
Detik-detik ketenangan,
Menteteramkan fikiran,

Hidupan bumi bebas berserakan,
Alam membangun bersama berpakatan,
Menongkah arus-arus permodenan,

Lihatlah,
Detik-detik kerosakan,
Meruntuhkan ketamadunan,

Lihatlah,
Detik-detik kerakusan,
Memecahkan kemuliaan,

Lihatlah,
Detik-detik kehidupan,
Kedamaian atau kehancuran.

Nukilan:iqra_muslim.blogspot.com

Tuesday, December 9, 2008

Sains Menurut Perspektif Islam

Sains Menurut Perspektif Islam

1. Al-Quran dan Sains(Sulaiman Noordin)

Cap jari tangan manusia (Surah Qiyamah 75:3-4)
Ciptaan planet bumi dan langit (Surah Al-Anbiya’ 21:30)
Perkembangan janin bayi manusia dalam kandungan ibu (Surah Al-Mu’minun 23:12-14)

2. Islam dan Astronomi (A.Rahman Omar)

Astronomi didalam Al-Quran (Surah Al-Zumar 39:5, Surah Al-Fajr 89:1-3, Surah Al-Furqan 25:59)

3. Biologi Menurut Perspektif Islam (Sulaiman Noordin)

Ayat-ayat yang berkaitan dengan biologi (Surah Al-Hajr 22:5, Surah Qaf 50:9-11, Surah Al-Ra’d 13:4)

4. Fizik Menurut Perspektif Islam (A.Rahman Omar)

Fizik dalam Al-Quran (Surah Al-An’am 6:152, Surah Fussilat 41:53, Surah Nur 24:35)

5. Sejarah Perkembangan Matematik dalam Islam (Shahir Bin Mohamad Zain)

6. Teknologi dan Kejuruteraan (Kamaruddin Abu Taib)

Mesin mengangkut air menggunakan haiwan (Al-Jazari)
Pam air silinder (Taqi Al-Bin)

7.Kimia Menurut Perspektif Islam (Sulaiman Noordin) (Surah Sod 38:71, Surah Yassin 36:80)

8. Penerokaan dan Kajian Geografi Fizikal (Sulaiman Noordin)

Geografi dunia Islam
Ilmu perubatan menurut perspektif Islam

Sumber: Sains Menurut Perspektif Islam

Thursday, November 13, 2008

Kejam=Zalim

Kejam, zalim dan tidak perikemanusiaan adalah antara perkataan yang bermaksud negatif dan amat tidak secocok dengan naluri manusia yang sukakan kebahagiaan dan ketenangan.Zahirnya bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dan boleh dikatakan tidak berperanan diatas tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan.

Kezaliman itu ada banyak pecahannya kejam pada diri sendiri, kejam pada alam, kejam pada sesama manusia dan banyak lagi.Adalah menjadi suatu pengkhianatan kepada orang yang diberi tanggungjawab untuk dipikul tetapi tidak dapat membahagikan amanah itu secara adil kepada orang bawahannya.Namun bergitu jalan taubat itu sesungguhnya terbuka luas bagi seluruh makhluk didunia ini untuk membetulkan kesilapannya.

Kesilapan yang telah dibuat itu perlulah dibaiki dari masa ke semasa kerana hidup didunia ini adalah celaka bagi hidup yang lebih buruk dari semalam.Sikap yang negatif itu perlulah diperbaiki dan kita sebagai manusia perlulah mencari inisiatif bagi memantapkan diri ini dari sebarang ancaman yang akan manjerumuskan diri kita sendiri ke lembah kehinaan itu kembali.

Wednesday, November 5, 2008

Kehijauan

Alam persekitaran adalah amanah yang dianugerahkan tuhan kepada manusia. Persekitaran yang terpelihara keindahannya dapat memberikan kepuasan kepada makhluk didunia ini dengan kehijauannya dan keindahannya.

Flora dan fauna yang terdapat dibumi ini adalah suatu yang amat bernilai. Hidup tanpa persekitaran yang terpeelihara kebersihannya, keindahannya dan ketulenannya adalah tidak bermakna. Alam yang diciptakan ini menjadi ‘kayu pengukur’ kepada manusia bagi menilai sifat yang dimiliki mereka sebenarnya.

Manusia yang beramanah dan bertanggungjawab didunia ini adalah manusia yang mempertahankan kehijauan alamnya. Maka manusia yang merobek alam ini demi kepentingan diri adalah seorang pembelot kepada dirinya dan generasinya sendiri.Sifat dan usaha yang dilakukan manusia pada hari ini adalah sebagai warisan yang dilakukan untuk generasi akan datang.

Saturday, November 1, 2008

Keberkatan

Manusia merupakan hamba yang dijadikan didunia ini untuk melaksanakan segala amanah yang telah dijanjikan dengan Tuhan-Nya.Kehidupan ini amatlah rugi jika tiada nilai keberkatan yang terkandung didalamnya.Dalam melaksanakan janji ini, manusia perlulah mematuhi dan melaksanakan perintah-Nya dengan seikhlas-ikhlasnya bagi memperolehi keberkatan didalam segala perbuatan yang dilakukan.

Kehidupan yang dikecapi ini bukanlah kekal buat selama-lamanya, namun manusia perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam melengkapkan kehidupan didunia ini dengan ‘harta’. ‘Harta’ itu sebenarnya adalah pelengkap kepada manusia yang akan memudahkan manusia untuk melaksanakan amalan dan bukannya sebagai nikmat untuk kelalaian.

Keberkatan itu adalah amat bernilai kepada kehidupan manusia.Keberkatan dari-Nya, ibu dan bapa, para guru, ahli keluarga dan masyarakat adalah suatu keinginan yang amat diharapkan oleh manusia agar ianya dikurniakan kepada dirinya.Nilai-nilai kebahagiaan inilah yang amat dinantikan manusia didalam melengkapkan kehidupan mereka.

Maka manusia yang wujud didunia ini perlulah melaksanakan segala amalan dan suruhan-Nya dengan tenang dan memastikan ianya akan dilimpahkan keberkatan.Manusia yang dikurniakan dengan keberkatan didunia ini merupakan manusia yang amat bertuah dan ‘harta’ yang dikurniakan itu perlulah dipelihara nilai keberkatan yang dicurahkan sampai bila-bila.
Sesungguhnya keberkatan itu adalah punca bagi kebahagiaan manusia didunia ini.Oleh itu, setiap manusia perlulah berusaha mencapainya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

Friday, October 24, 2008

Perjalanan

Perjalanan adalah kitaran yang berlaku didalam kehidupan manusia. Kehidupan tanpa perjalanannya adalah mustahil kerana manusia mempunyai matlamatnya didalam kehidupan.Manusia itu berbeza pengalamannya menerusi perjalanan kehidupan mereka dan pengisian perjalanan kehidupan itu.

Manusia yang mudah perjalanan kehidupannya adalah sedikit pengalamannya dan manusia yang sukar perjalanan kehidupannya maka banyaklah pengalaman didalam hidupnya.Manusia yang berjaya didalam kehidupan adalah manusia yang dapat memanfaatkan perjalanan kehidupan mereka dengan pelbagai kebaikan yang merangkumi pendidikan, ekonomi, politik dan sosial.

Amatlah sukar dalam menempuhi perjalanan kehidupan ini berseorangan, maka kita sebagai seorang insan perlulah bermuafakat dalam menjadikan perjalanan kehidupan ini lebih menarik dan dipenuhi dengan pelbagai kenangan.Kenangan yang dimiliki oleh setiap insan juga adalah berbeza dan inilah yang mencorakkan manusia itu memiliki identitinya yang tersendiri.

Kenangan adalah hasil dari perjalanan kehidupan ini dan ia amatlah diperlukan oleh setiap manusia kerana inilah yang akan membantu manusia dalam menempuhi kehidupan yang lebih bermakna kepada generasi yang dipimpinnya.Kenangan yang indah bukanlah segala-galanya didalam kehidupan ini kerana manusia juga memerlukan kenangan yang pahit didalam kehidupan mereka. Kenangan yang pahit adalah pencetus kepada diri manusia itu agar lebih berhati-hati dalam menempuhi kehidupan.

Kehidupan yang bermakna adalah kehidupan manusia yang dapat mengharungi segala rintangan didalam perjalanan hidupnya ini dengan kesabaran.Perjalanan yang berliku-liku ini juga adalah sebagai pemangkin kepada diri manusia itu untuk mengasah nilai-nilai positif didalam dirinya.Nilai yang dikurniakan ini adalah nikmat yang amat berharga dan bermakna bagi setiap manusia.

Oleh itu, manusia perlulah menempuhi perjalanan kehidupan ini dengan lebih berwaspada dan menyelesaikan segala ’tugasan’ yang diberikan-Nya dengan penuh ketaqwaan dan keinsafan.Perjalanan adalah laluan yang akan ditempuhi manusia untuk menuju ‘Hari Kebahagiaan’ kelak.

Sunday, October 12, 2008

Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman Al-Hakim

Luqman Al-Hakim merupakan hamba Allah yang dimuliakan darjatnya kerana telah diceritakan didalam Al-Quran mengenai kisahnya.Hidupnya yang banyak beribadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan, kasih sayang dan khusyu' telah memberikan panduan kepada hamba Allah yang lain untuk menjadikan Luqman Al-Hakim sebagai insan biasa yang dimuliakan dirinya kerana ibadatnya.Menurut maksud Hadis Nabi Muhammad S.A.W:

"Seseorang itu dinilai dengan dua perkara: hati dan lidahnya"

Surah Luqman didalam Al-Quran banyak menceritakan mengenai perbualannya bersama anaknya yang mengisahkan nasihat-nasihat yang mulia bagi membentuk peribadi yang mulia bagi seorang hamba kepada Allah.Antara perbualannya atau wasiat yang dinyatakan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya itu adalah:

1.Janganlah mempersekutukan Allah (Luqman,13)
2.Allah maha mengetahui segala-galanya (Luqman,16)
3.Dirikan solat (Luqman,17)
4.Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran (Luqman,17)
5.Sabar dengan bala yang menimpa diri (Luqman,17)
6.Jangan berjalan dibumi ini dengan sombong (Luqman,18)
7.Jangan memandang rendah orang lain (Luqman,18)
8.Rendahkan suara ketika berkata-kata (Luqman,19)

dan banyak lagi.Terdapat juga wasiat Luqman Al-Hakim yang termaktub didalam Kitab-kitab Tafsir.Antaranya:

1.Siapa yang menjadi penasihat bagi dirinya sendiri, maka Allah akan menjadi penasihat bagi dirinya.
2.Kepayahan dan kesusahan didalam ketaatan adalah lebih dekat daripada kesenangan dan kemewahan didalam kemaksiatan.
3.Pukulan(didikan) bapa kepada anaknya ibarat air untuk tanaman.
4.Sesiapa yang berdusta maka hilanglah air mukanya.
5.Sesiapa yang banyak berdusta maka banyak kesengsaraannya.
6.Bermesyuaratlah dengan ulama dalam urusanmu.
7.Berlemah-lembut adalah pokok segala hikmah.
8.Sesungguhnya kejahatan itu mencipta kejahatan yang lain.

terdapat banyak wasiat yang dinyatakan Luqman Al-Hakim didalam Kitab-kitab dan Al-Quran. Wasiat yang di nyatakan olehnya bukanlah hanya kepada anaknya semata-mata, kerana sebagai umat Islam kita hendaklah mengambil ilmu, hikmah dan teladan yang telah dinyatakan oleh Luqman Al-Hakim.

Maka, sebagai hamba kepada Allah kita hendaklah menjadikan Luqman Al-Hakim ini sebagai contoh teladan yang baik bagi merubah kehidupan kita daripada buruk ke baik dan baik kepada yang lebih baik.

Sumber:Hikmah Disebalik Wasiat Luqman Al-Hakim/Mohd Nizam Mohd Ali, Ahmad Hasan Mohd Nazam.

Wednesday, October 8, 2008

Sunyi @ Sepi

Sunyi dan sepi adalah perkataan yang saling berkaitan bagi menunjukkan situasi dan juga perasaan. Hidup yang sunyi dan sepi adalah amat membosankan kerana keadaan ini tidak sebati dengan jiwa manusia yang inginkan teman. Temanlah segala-galanya bagi kita apabila kita berseorangan ataupun menyendiri. Bermain, bersembang, belajar dan sebagainya bersama teman-teman akan diingati oleh manusia apabila dirinya pada keadaan sunyi dan sepi.Itulah yang sering diingati untuk melupakan segala kesunyian dalam diri.


Kesunyian itu perlulah diisi dengan perkara yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada diri ini.Pengisian yang bermanfaat inilah yang akan membezakan seseorang manusia itu.Maka sebagai seorang manusia yang tinggi martabatnya adalah manusia yang dapat memberikan manfaat pada dirinya sendiri walau apa pun keadaan disekelilingnya.

Sunday, October 5, 2008

The World

World is just a "shelter" for us. Actually we have another destination that we need to go and this world is just a place for the preparations for the next world. In ISLAM all muslims need to be prepare for the "End Of The Day" although we don't know when it will be happen.

Muslims need to prepare for both the "dunia wal akhirah".So, to be success in the both places we need to have knowledge. Knowledge is very important because RASULULLAH said that from the hadith "Who want to be success in the world they need to have knowledge, who want to be success for the next world they need to have knowledge and who want to be success in both also need to have knowledge".

So we need to learn and get more knowledge for our preparations.

"ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE"

Friday, September 26, 2008

Keamanan

Gembira, tenang, tertawa, ceria adalah antara nikmat yang kita dapat kecapi di dunia ini .Semua nilai-nilai ini adalah sesuatu yang bernilai bagi seluruh manusia dan makhluk sejagat.Ia bukanlah dapat dinikmati dengan senangnya kerana ia di perolehi dengan pengorbanan . Di dalam pengorbanan pula akan ada kesedihan, resah, tangisan dan kemurungan.

Keamanan adalah segala-galanya bagi semua makhluk kerana sifat mereka itu yang lebih selesa dengan kedamaian, kesenangan dan kebebasan di dalam kehidupan. Adalah menjadi tanggungjawab bagi seluruh makhluk supaya menjaga nikmat yang 'dipinjam' ini kerana keamanan akan 'ditarik' semula jika semua makhluk sejagat terlalu selesa hingga lupakan tanggungjawab untuk menjaga keamanan ini.

Kealpaan manusia sejagat dalam mempertahan keamanan se-dunia juga akan menyebabkan negara-negara yang lain juga turut menerima tempiasnya. Hakikatnya didunia ini semua negara yang wujud adalah berjiran kerana mereka adalah penduduk di satu bumi yang sama.Jika sebuah negara berada didalam pergolakan , ini bermakna seluruh penduduk didunia belum mencapai keamanan dan kemerdekaan.

Maka, kita sebagai umat manusia perlulah bekerjasama dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan terus berkekalan dan membantu dalam mencapai keamanan dinegara-negara yang bergolak.Ingatlah " Kemerdekaan itu amat sedikit didunia ini, maka peliharalah ia sebaik-baiknya".

Wednesday, September 24, 2008

Maaf Zahir Dan Batin

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan banyakkanlah ibadat sebelum kita sama-sama meraikannya. Daripada: iqra-muslim.blogspot.com.

Tuesday, September 23, 2008

Manusia Unggul

Manusia merupakan makhluk yang dijadikan oleh Allah dengan kesempurnaan dan kepelbagaian sifat yang di sertakan dalam diri mereka. Sifat yang dimiliki oleh manusia itu ada berbagai dan berbeza yang akan mencorakkan perwatakan diri mereka dalam kehidupan ini. Marah, tenang, gembira, muram, sedih, takut, berani, sabar, cemburu, dan banyak lagi adalah sifat-sifat yang ada dalam diri seseorang manusia.Setiap manusia itu pula berbeza dari segi pembawaan sifat-sifat yang dimiliki mereka, ada yang kegembiraan melebihi kemarahan, keberanian melebihi ketakutan dan ada juga yang sebaliknya.


‘Watak’ yang dipegang oleh setiap manusia didunia ini adalah berbeza dan setiap watak yang dipegang itu mempunyai kelebihan dan kekurangan .Ada yang berjaya ‘melakonkan watak’ yang diberi oleh Tuhan iaitu Allah dengan baik dan ada juga yang tidak dapat ‘melakonkan watak’ yang diberi malahan bercanggah dengan watak yang diberi oleh Allah.Setiap ‘pelakon’ yang dapat ‘melakonkan watak’ diberi dengan baik akan diberi ganjaran SYURGA manakala yang tidak dapat ‘melakonkan watak’ dengan baik akan menerima ganjaran NERAKA.


Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin berjaya didunia, namun bagi orang Islam kejayaan dalam memenuhi matlamat mereka adalah ingin mencapai kejayaan didunia dan diakhirat.Matlamat yang dituju itu amat jelas sekali, namun pada hakikatnya terdapat segelintir dari manusia itu sendiri yang terpesong dari matlamat yang sepatutnya mereka tujui dalam kehidupan ini.


Walaubagaimanapun, pengisian dalam jadual kehidupan itu amatlah penting dan perlulah sentiasa seiring dengan dengan matlamat yang dituju.Ilmu dunia dan akhirat perlulah dituntut oleh setiap manusia kedua-duanya bagi mengisi kekosongan jiwa disamping memperaktikkan ilmu yang dimiliki itu dengan sempurna dalam kehidupan dan menuju matlamat mereka dengan penuh kebenaran.


Kejayaan pasti akan dicapai manusia jika pengisian dalam kehidupan mereka itu berlandaskan ciri-ciri Islam.Dengan sentiasa mengingati dan berusaha dalam mencapai matlamat yang mereka tujui inilah yang akan menjadikan manusia itu lebih berwaspada dengan pengisian dan cara hidup mereka.Ganjaran yang paling bernilai bagi kejayaan ini amatlah dinanti-nantikan dan diharapkan dapat dicapai oleh setiap manusia itu sendiri iaitu’SYURGA’ dan hanya akan dapat dicapai melalui jalan ISLAM yang benar dan UNGGUL.

Sunday, September 21, 2008

Kehidupan 2

Kehidupan merupakan suatu yang bernilai dan merupahan suatu perjalanan yang sedang ditempuhi oleh setiap orang bagi mencapai segala cita-cita yang di impikan untuk masa depan.Segala usaha dan komitmen akan diberikan untuk mencapai segala-galanya untuk berjaya dalam kehidupan ini.


Ilmu dan pengalaman amat penting dan bernilai untuk berjaya dalam kehidupan ini.Kadang kala hidup ini amat sukar ditempuhi jika masalah yang timbul itu tiada kaitan dengan ilmu dan pengalaman yang kita ada.Jadi, inilah yang akan memberikan cabaran dan ia mesti ditempuhi .

Walaupun ilmu dan pengalaman adalah asas dalam berjaya, namun sebagai manusia naluri untuk merujuk kehidupan ini dengan agama tidak dapat dinafikan.Agama adalah matlamat dan panduan dalam menuruti kehidupan yang lebih bermakna.Ia bukanlah suatu kongkongan dalam meneruskan kejayaan dalam kehidupan ,malah ia adalah pendokong untuk merealisasikan kejayaan itu sendiri.


Selain itu, usaha dan tawakkal merupakan prinsip yang mesti di laksanakan jika ingin kehidupan ini lebih keberkatan.Oleh itu,segala perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini mestilah seimbang dari aspek dunia dan akhirat kelak.

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Al-Quran

Al-Quran merupakan anugerah yang diberikan Allah kepada hamba-Nya di kalangan umat Nabi Muhammad sahaja.Ini menunjukkan kurniaan yang diberikan itu adalah sebagai pendorong kepada umat-umat Rasulullah agar berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh Rasul daripada Allah s.w.t.

Berdasarkan kemuliaan Al-Quran itu sendiri yang diturunkan pada 17Ramadhan melalui perantaraan Jibril a.s , Allah turut memulakan penurunan ayat Al-Quran itu sendiri melalui perantaraan Jibril dengan kalimah "IQRA" iaitu bacalah.Ayat yang diturunkan ini menunjukkan Allah s.w.t mengarahkan hamba-Nya agar membaca iaitu menuntut ilmu dan ilmu sahajalah yang akan membuat hamba-Nya lebih beriman dan Allah hanya melihat kepada keimanan dikalangan hamba-Nya sahaja tanpa melihat keturunan, harta, pangkat dan kekuatan didalam diri manusia itu.

Menurut maksud Hadis Nabi Muhammad iaitu:

"Telah di tinggalkan dua perkara yang jika mana umatku berpegang teguh dengannya, maka tidak akan sesatlah selama-lamanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w.".

Oleh itu, kita sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah perlulah menghayati dan mengikuti Al-Quran itu dengan membacanya, memahaminya, menghayatinya dan mengkaji segala ilmu-ilmu yang ada didalam Al-Quran itu.Sesungguhnya Islam itu agama yang indah, maka perindahkanlah diri kita dengan segala tuntutan yang ada didalam Al-Quran dan Islam secara keseluruhannya.

Kehidupan 1

Dalam dunia ini banyak cabaran dalam mencapai apa yang kita inginkan terutamanya ingin berjaya dalam pelajaran , perniagaan , pengurusan keluarga dll.Banyak yang perlu di tempuhi sebelum kita dapat mencapai semua yang kita cita-citakan dalam kehidupan ini.


Walaubagaimanapun, cabaran yang datang itu sedikit sebanyak telah memberikan pengalaman dalam situasi yang kita hadapi bagi menyelesaikan cabaran itu.Selain itu,kita dapat berkongsi dan membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi melalui pengalaman yang telah kita lalui.


Pengalaman dan pengetahuan hendaklah digabungkan seiring dalam menempuhi kehidupan ini.Pengalaman tanpa ilmu adalah sia-sia dalam menempuhi hidup pada masa kini dan juga sebaliknya jika ilmu tanpa pengalaman.


Kehidupan adalah perjalanan......................

Sunday, September 14, 2008

Keberkatan

Manusia merupakan hamba yang dijadikan didunia ini untuk melaksanakan segala amanah yang telah dijanjikan dengan Tuhan-Nya.Kehidupan ini amatlah rugi jika tiada nilai keberkatan yang terkandung didalamnya.Dalam melaksanakan janji ini, manusia perlulah mematuhi dan melaksanakan perintah-Nya dengan seikhlas-ikhlasnya bagi memperolehi keberkatan didalam segala perbuatan yang dilakukan.


Kehidupan yang dikecapi ini bukanlah kekal buat selama-lamanya, namun manusia perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam melengkapkan kehidupan didunia ini dengan ‘harta’. ‘Harta’ itu sebenarnya adalah pelengkap kepada manusia yang akan memudahkan manusia untuk melaksanakan amalan dan bukannya sebagai nikmat untuk kelalaian.


Keberkatan itu adalah amat bernilai kepada kehidupan manusia.Keberkatan dari-Nya, ibu dan bapa, para guru, ahli keluarga dan masyarakat adalah suatu keinginan yang amat diharapkan oleh manusia agar ianya dikurniakan kepada dirinya.Nilai-nilai kebahagiaan inilah yang amat dinantikan manusia didalam melengkapkan kehidupan mereka.


Maka manusia yang wujud didunia ini perlulah melaksanakan segala amalan dan suruhan-Nya dengan tenang dan memastikan ianya akan dilimpahkan keberkatan.Manusia yang dikurniakan dengan keberkatan didunia ini merupakan manusia yang amat bertuah dan ‘harta’ yang dikurniakan itu perlulah dipelihara nilai keberkatan yang dicurahkan sampai bila-bila.


Sesungguhnya keberkatan itu adalah punca bagi kebahagiaan manusia didunia ini.Oleh itu, setiap manusia perlulah berusaha mencapainya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

Wednesday, September 10, 2008

Puasa


Telah diturunkan pada bulan Ramadhan itu iaitu Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Monday, September 1, 2008

Kelebihan Ramadhan

Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga merupakan penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu ialah, Allah s.w.t telah menurunkan kitab suci Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi seluruh umat manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Telah diwajibkan keatas kamu berpuasa) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Selain itu, telah di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam iaitu Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan (83 tahun). Menurut ulama, Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam kesepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Maka jangan disia-siakan keseluruhan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan perlulah dipenuhi dengan amal ibadat sebagai bekalan kita sebagai hamba Allah bagi kesejahteraan didunia dan akhirat.

Puasa Ramadhan

Ibadah puasa adalah menahan diri daripada segala perkara yang membatalkannya disepanjang hari, bermula dari terbit fajar(subuh) hingga tenggelam matahari(maghrib) dengan disertakan dengan niat.Ia diwajibkan kepada seluruh umat Islam dibulan Ramadhan.Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilakukan.Menurut hadis Nabi yang bermaksud:

“Dari Ibn Umar, r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah (dengan menyakini) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Puasa Ramadan wajib ditunaikan bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya, dengan menahan diri daripada makan minum serta bersetubuh disiang hari, malah semua perkara yang boleh membatalkannya sebagai satu amal ibadat kepada Allah s.w.t.

Ibadat itu mampu merapatkan jurang perbezaan di kalangan manusia terutama antara si kaya dan miskin kerana sama-sama menahan lapar dan dahaga.Malah, puasa turut menyumbang kepada kesihatan akal dan jasmani seseorang, melatih diri bersabar, menahan kehendak nafsu dan melahirkan sifat lemah-lembut, tolak ansur, belas kasihan dan prihatin terhadap sesama manusia.

Saturday, August 30, 2008

Ummah Perlu Gembeling Tenaga

RASULULLAH SAW diutuskan sebagai obor yang membawa manusia menuju kebahagiaan. Kelahirannya tidak ada tolok bandingnya seperti dipaparkan dalam al-Quran yang menjadi panduan setiap lapisan masyarakat.

Firman Allah yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik." (Surah Al-Ahzab, ayat 21)

Jika selama ini kita berikrar serta mengiktiraf diri sebagai pesuruh Allah, sepatutnya mencontohi peribadi Rasulullah SAW yang suci murni. Masyarakat sekarang yang ketandusan kepemimpinan mewarisi jejak langkah Baginda supaya tidak tersasar dan dicap Muslim derhaka.

Malangnya, di Malaysia kebanyakan kita orang Islam hari ini tidak lagi mencerminkan keperibadian Muslim sepatutnya untuk menjadi contoh kepada bangsa lain. Sebaliknya, sikap lalai serta angkuh masih lagi penyakit.

Saidina Ali Abi Talib berkata: "Akan datang suatu masa (pada akhir zaman) tidak tinggal Islam melainkan namanya saja. Masjid masa itu sangat besar dan tersergam indah, tetapi kosong daripada petunjuk Allah, manakala ulama Islam pada masa itu adalah ulama jahat. Daripada mereka terbit pelbagai fitnah dan kepada mereka juga fitnah itu akan kembali."

Kata-kata yang diluahkan itu sudah terlihat contohnya, di kalangan masyarakat hari ini diberi nama yang baik serta sedap didengar dan ada menggunakan nama nabi, tetapi tindak tanduknya bercanggah dengan Islam sebenar.

Malangnya ada pula memberi nama yang sedap bunyinya macam orang Arab, tetapi tidak sedikitpun mengambil perhatian mengenai maknanya seperti Sharul Bariah yang bermaksud 'orang yang sejahat-jahat'.

Pemakaian rantai leher seperti dipusakai orang Yahudi dan Kristian sudah diamalkan juga dikalangan pemuda kita yang mengakui dirinya Islam. Ini semua menimbulkan dilema perlu dipersoalkan demi menjaga keimanan. Apatah lagi jika dirujuk kepada hukumnya adalah haram.

Ia menunjukkan mereka menyadurkan diri dengan peradaban dan kebudayaan bukan Islam yang menjadi inspirasi musuh Islam dalam usaha menyesatkan setiap individu Muslim.

Dijelaskan dalam al-Quran, firman Allah yang bermaksud: "Orang Yahudi tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhamad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu)." (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Fizikal umat Islam sudah diresapi jarum golongan anti-Islam dan perlu kita sedari hakikat itu. Cuma kita persoalkan adakah generasi seperti ini akan mengembalikan serta merealisasikan tamadun Islam kembali.

Tanpa kesedaran mendalam, selagi itulah pelbagai unsur dan corak haru biru akan menimpa. Kita perlu mengorak langkah menumpaskan musuh yang datang dalam pelbagai bentuk kerana jika tidak, masyarakat Islam akan terus ditelan arus dan gelombang fahaman kebendaan.

Sudah tiba masanya setiap umat Islam menggembleng tenaga dan bertanya kepada diri mereka apakah sumbangan yang sudah diberikan kepada Islam. Jika tiada satu usaha dilakukan, tekadkan niat untuk mengorak langkah sekarang memupuk kefahaman membanyakkan amal makruf.

Islam juga kini hanya tinggal tulisan apabila al-Quran dan buku agama hanya disimpan di dalam almari. Malah, masjid besar tersergam pengunjungnya tidak seramai mana. Semua ini perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya supaya Islam terus dijulang dalam kehidupan umatnya.

Sumber: Ruangan Agama Berita Harian/Masmawi Abdullah

Wednesday, August 27, 2008

Hikmah Berzikir

Firman Allah s.w.t maksudnya
"Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar."
( al-Ahzab 35 )

Dari Rasulullah s.a.w ,
"Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga."
( H.R Muslim)

1. Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
2. Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
3. Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
4. Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
5. Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
6. Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
7. Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
8. Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
9. Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
10. Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
11. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
12. Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
13. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
14. Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
15. Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
16. Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
17. Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
18. Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
19. Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, "ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu".


Tuesday, August 26, 2008

Rahsia Madinah

Madinah merupakan tanah haram yang diatasnya diharamkan berperang, membunuh binatang (kecuali binatang yang mengancam nyawa), mencabut pokok, dan mencari barang-barang yang tercicir.Selain itu madinah juga dipelihara oleh Allah dari kejadian gempa bumi, penyakit taun dan kemasukan dajjal didalam kawasannya hingga kiamat.

Seluruh kawasan madinah dipelihara kemakmurannya hingga ke hari kiamatdan terdapat beberapa kelebihan yang Allah jadikan darinya.Antaranya dijadikan tanahnya sebagai penyembuh, tamarnya menjadi pelindung dari segala racun dan perkara-perkara sihir, raudahnya adalah sebahagian juzuk didalam syurga dan mimbarnya yang menjadi kawasan untuk khutbah oleh Nabi Muhammad adalah didalam syurga.

Terdapat beberapa nama-nama yang berbeza bagi madinah iaitu thobah(Allah), thoibah(Rasul), ad-dar, al-iman, al-bahrah, ad-dir al hasinah, qubatul islam, darul sunnah, darul hijrah, darul salamah, darul nakhl dan beberapa nama yang lain.

Sumber: Rahsia Madinah/Klalil Ibrahim Mulla Khothir ; terjemahan Ahmad Khairi Al-Latifi

Monday, August 25, 2008

73 Golongan Sesat dan Selamat

Golongan Sesat

1. ASHABUL SYIMAL (orang-orang yang menerima amal catatan dengan tangan kiri)
2.DAHRITUN (orang yang tidak percaya adanya tuhan-Atheis)
3.DALLUN (orang-orang yang sesat)
4.FASIQUN (orang-orang yang fasiq atau derhaka kepada Allah)
5.FUJJAR (orang-orang yang berbuat maksiat)
6.GHAFILUN (orang-orang yang lalai)
7.HASIDUN (orang-orang yang hasad/dengki)
8.HIZBUSY-SYAITAN (orang-orang yang mengikut jejak syaitan)
9.JABBARUN (orang yang berbuat sewenang-wenang)
10.KAFIRUN (orang-orang yang kafir)
11.KHA'INUN (orang-orang yang khianat)
12.KHASIRUN (orang-orang yang rugi)
13.MAKIRUN (orang-orang yang membuat tipudaya)
14.MUBAZZIRUN (orang-orang yang membazir/boros)
15.MUBTILUN (orang-orang yang membuat batil)
16.MUZABZABIN (orang-orang yang tidak mempunyai pendirian)
17.MUFSIDUN (orang-orang yang membuat kerosakan)
18.MUHARRIBUN (orang-orang yang memerangi agama Allah)
19.MUJRIMUN (orang-orang yang membuat kejahatan)
20.MU'TADUN (orang-orang yang melampaui batas)
21.MUKAZZIBUN (orang-orang yang mendustakan agama Allah)
22.MUKHTALUN-FAKHUR (orang-orang yang menyombong diri)
23.MUMTARUN (orang yang ragu-ragu)
24.MUNAFIQUN (orang-orang munafiq)
25.MURTADDUN (orang-orang yang keluar dari agama islam)
26.MUSYRIKUN (orang-orang yang musyrik)
27.MUSTAHZI'UN (orang-orang yang memperolok-olokkan agama Allah)
28.MUTAKABBIRUN (orang-orang yang sombong)
29.MUTHAFFIFIN (orang-orang yang curang)
30.MUTTAKHIZATI-AKHDAN (wanita-wanita penzina)
31.MUTRAFUN (orang-orang yang berlebih-lebihan)
32.QANITUN (orang-orang yang berputus asa)
33.SYARRADDAWAB (orang-orang yang paling buruk disisi Allah)
34.ZANIYAH WA ZANIY (penzina perempuan dan penzina lelaki)
35.ZALIMUN (orang-orang yang zalim)


Golongan Selamat

1.AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH (orang-orang yang berpegang kepada sunnah Rasulullah)
2.AL-ABRAR (orang-orang yang suka melakukan kebajikan)
3.AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR (perintah kebajikan, melarang kemunkaran)
4.ANSARULLAH (orang-orang yang membela agama Allah)
5.ASHABUL-KAHFI (orang-orang yang berada digua)
6.ASHABUL-YAMIN (orang-orang yang menerima amal catatan dengan tangan kanan)
7.ZAKIRUNALLAH (orang-orang yang selalu ingat kepada Allah)
8.HAFIZUN (orang-orang yang memelihara amanat)
9.HAMIDUN (orang-orang yang memuji Allah)
10.HIZBULLAH (orang-orang yang mengikuti agama Allah)
11.IBADURRAHMAN (hamba-hamba Allah yang mulia)
12.KHAIRU UMMAT (sebaik-baik umat/golongan)
13.KHASYI'UN (orang-orang yang kusyuk)
14.MUBALLIGHUN (orang-orang yang menyampaikan agama Allah)
15.MUFLIHUN (orang-orang yang beruntung)
16.MUHAJIRUN (orang-orang yang berhijrah)
17.MUHSINUN (orang-orang yang membuat ikhsan/kebajikan)
18.MUJAHIDUN (orang-orang yang berjihad dijalan Allah)
19.MUHTADUN (orang-orang yang mendapat petunjuk daripada Allah)
20.MUKHLISUN (orang-orang yang ikhlas)
21.MUNFIQUN (orang-orang yang mengeluarkan hartanya)
22.MUQSITUN (orang-orang yang adil)
23.MUSTAGHFIRUN (orang-orang yang meminta ampun daripada Allah)
24.MUSLIMUN (orang-orang islam)
25.MUKNINUN (orang-orang yang beriman)
26.MUTATAHHIRUN (orang-orang yang menyucikan diri)
27.MUTTAQUN (orang-orang yang bertaqwa)
28.MUTAWAKKILUN (orang-orang yang bertawakkal atau menyerah diri kepada Allah)
29.NABIYYUN WA MURSALUN (para Nabi/para Rasul Allah)
30.SABIRUN (orang-orang yang sabar)
31.SADIQUN (orang-orang yang benar/jujur)
32.SOLEHUN (orang-orang soleh)
33.SYAKIRUN (orang-orang yang bersyukur)
34.SYUHADA' (orang-orang yang mati syahid)
35.TAWWABUN (orang-orang yang bertaubat)
36.ULAMA' (orang-orang yang ahli dengan agama islam)
37.ULUL-ALBAB (orang-orang yang berfikir/cendiakawan)
38.WALITULLAH (orang-orang yang dikasihi Allah)

Sumber: Buku 73 Golongan Sesat dan Selamat/Ahmad Saifuddin Sadiq

About Me

My photo
I am an engineering student.For more information, please contact teenagemuslim@gmail.com

Kata-kata

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Adakah blog ini

© Copyright 2008

iqra-muslim.blogspot.com

teenagemuslim@gmail.com

iqra-muslim © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO