Carian

Sunday, October 12, 2008

Hikmah Di Sebalik Wasiat Luqman Al-Hakim

Luqman Al-Hakim merupakan hamba Allah yang dimuliakan darjatnya kerana telah diceritakan didalam Al-Quran mengenai kisahnya.Hidupnya yang banyak beribadat kepada Allah dengan penuh keikhlasan, kasih sayang dan khusyu' telah memberikan panduan kepada hamba Allah yang lain untuk menjadikan Luqman Al-Hakim sebagai insan biasa yang dimuliakan dirinya kerana ibadatnya.Menurut maksud Hadis Nabi Muhammad S.A.W:

"Seseorang itu dinilai dengan dua perkara: hati dan lidahnya"

Surah Luqman didalam Al-Quran banyak menceritakan mengenai perbualannya bersama anaknya yang mengisahkan nasihat-nasihat yang mulia bagi membentuk peribadi yang mulia bagi seorang hamba kepada Allah.Antara perbualannya atau wasiat yang dinyatakan oleh Luqman Al-Hakim kepada anaknya itu adalah:

1.Janganlah mempersekutukan Allah (Luqman,13)
2.Allah maha mengetahui segala-galanya (Luqman,16)
3.Dirikan solat (Luqman,17)
4.Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran (Luqman,17)
5.Sabar dengan bala yang menimpa diri (Luqman,17)
6.Jangan berjalan dibumi ini dengan sombong (Luqman,18)
7.Jangan memandang rendah orang lain (Luqman,18)
8.Rendahkan suara ketika berkata-kata (Luqman,19)

dan banyak lagi.Terdapat juga wasiat Luqman Al-Hakim yang termaktub didalam Kitab-kitab Tafsir.Antaranya:

1.Siapa yang menjadi penasihat bagi dirinya sendiri, maka Allah akan menjadi penasihat bagi dirinya.
2.Kepayahan dan kesusahan didalam ketaatan adalah lebih dekat daripada kesenangan dan kemewahan didalam kemaksiatan.
3.Pukulan(didikan) bapa kepada anaknya ibarat air untuk tanaman.
4.Sesiapa yang berdusta maka hilanglah air mukanya.
5.Sesiapa yang banyak berdusta maka banyak kesengsaraannya.
6.Bermesyuaratlah dengan ulama dalam urusanmu.
7.Berlemah-lembut adalah pokok segala hikmah.
8.Sesungguhnya kejahatan itu mencipta kejahatan yang lain.

terdapat banyak wasiat yang dinyatakan Luqman Al-Hakim didalam Kitab-kitab dan Al-Quran. Wasiat yang di nyatakan olehnya bukanlah hanya kepada anaknya semata-mata, kerana sebagai umat Islam kita hendaklah mengambil ilmu, hikmah dan teladan yang telah dinyatakan oleh Luqman Al-Hakim.

Maka, sebagai hamba kepada Allah kita hendaklah menjadikan Luqman Al-Hakim ini sebagai contoh teladan yang baik bagi merubah kehidupan kita daripada buruk ke baik dan baik kepada yang lebih baik.

Sumber:Hikmah Disebalik Wasiat Luqman Al-Hakim/Mohd Nizam Mohd Ali, Ahmad Hasan Mohd Nazam.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

About Me

My photo
I am an engineering student.For more information, please contact teenagemuslim@gmail.com

Kata-kata

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Adakah blog ini

© Copyright 2008

iqra-muslim.blogspot.com

teenagemuslim@gmail.com

iqra-muslim © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO