Carian

Friday, September 26, 2008

Keamanan

Gembira, tenang, tertawa, ceria adalah antara nikmat yang kita dapat kecapi di dunia ini .Semua nilai-nilai ini adalah sesuatu yang bernilai bagi seluruh manusia dan makhluk sejagat.Ia bukanlah dapat dinikmati dengan senangnya kerana ia di perolehi dengan pengorbanan . Di dalam pengorbanan pula akan ada kesedihan, resah, tangisan dan kemurungan.

Keamanan adalah segala-galanya bagi semua makhluk kerana sifat mereka itu yang lebih selesa dengan kedamaian, kesenangan dan kebebasan di dalam kehidupan. Adalah menjadi tanggungjawab bagi seluruh makhluk supaya menjaga nikmat yang 'dipinjam' ini kerana keamanan akan 'ditarik' semula jika semua makhluk sejagat terlalu selesa hingga lupakan tanggungjawab untuk menjaga keamanan ini.

Kealpaan manusia sejagat dalam mempertahan keamanan se-dunia juga akan menyebabkan negara-negara yang lain juga turut menerima tempiasnya. Hakikatnya didunia ini semua negara yang wujud adalah berjiran kerana mereka adalah penduduk di satu bumi yang sama.Jika sebuah negara berada didalam pergolakan , ini bermakna seluruh penduduk didunia belum mencapai keamanan dan kemerdekaan.

Maka, kita sebagai umat manusia perlulah bekerjasama dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan terus berkekalan dan membantu dalam mencapai keamanan dinegara-negara yang bergolak.Ingatlah " Kemerdekaan itu amat sedikit didunia ini, maka peliharalah ia sebaik-baiknya".

Wednesday, September 24, 2008

Maaf Zahir Dan Batin

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan banyakkanlah ibadat sebelum kita sama-sama meraikannya. Daripada: iqra-muslim.blogspot.com.

Tuesday, September 23, 2008

Manusia Unggul

Manusia merupakan makhluk yang dijadikan oleh Allah dengan kesempurnaan dan kepelbagaian sifat yang di sertakan dalam diri mereka. Sifat yang dimiliki oleh manusia itu ada berbagai dan berbeza yang akan mencorakkan perwatakan diri mereka dalam kehidupan ini. Marah, tenang, gembira, muram, sedih, takut, berani, sabar, cemburu, dan banyak lagi adalah sifat-sifat yang ada dalam diri seseorang manusia.Setiap manusia itu pula berbeza dari segi pembawaan sifat-sifat yang dimiliki mereka, ada yang kegembiraan melebihi kemarahan, keberanian melebihi ketakutan dan ada juga yang sebaliknya.


‘Watak’ yang dipegang oleh setiap manusia didunia ini adalah berbeza dan setiap watak yang dipegang itu mempunyai kelebihan dan kekurangan .Ada yang berjaya ‘melakonkan watak’ yang diberi oleh Tuhan iaitu Allah dengan baik dan ada juga yang tidak dapat ‘melakonkan watak’ yang diberi malahan bercanggah dengan watak yang diberi oleh Allah.Setiap ‘pelakon’ yang dapat ‘melakonkan watak’ diberi dengan baik akan diberi ganjaran SYURGA manakala yang tidak dapat ‘melakonkan watak’ dengan baik akan menerima ganjaran NERAKA.


Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin berjaya didunia, namun bagi orang Islam kejayaan dalam memenuhi matlamat mereka adalah ingin mencapai kejayaan didunia dan diakhirat.Matlamat yang dituju itu amat jelas sekali, namun pada hakikatnya terdapat segelintir dari manusia itu sendiri yang terpesong dari matlamat yang sepatutnya mereka tujui dalam kehidupan ini.


Walaubagaimanapun, pengisian dalam jadual kehidupan itu amatlah penting dan perlulah sentiasa seiring dengan dengan matlamat yang dituju.Ilmu dunia dan akhirat perlulah dituntut oleh setiap manusia kedua-duanya bagi mengisi kekosongan jiwa disamping memperaktikkan ilmu yang dimiliki itu dengan sempurna dalam kehidupan dan menuju matlamat mereka dengan penuh kebenaran.


Kejayaan pasti akan dicapai manusia jika pengisian dalam kehidupan mereka itu berlandaskan ciri-ciri Islam.Dengan sentiasa mengingati dan berusaha dalam mencapai matlamat yang mereka tujui inilah yang akan menjadikan manusia itu lebih berwaspada dengan pengisian dan cara hidup mereka.Ganjaran yang paling bernilai bagi kejayaan ini amatlah dinanti-nantikan dan diharapkan dapat dicapai oleh setiap manusia itu sendiri iaitu’SYURGA’ dan hanya akan dapat dicapai melalui jalan ISLAM yang benar dan UNGGUL.

Sunday, September 21, 2008

Kehidupan 2

Kehidupan merupakan suatu yang bernilai dan merupahan suatu perjalanan yang sedang ditempuhi oleh setiap orang bagi mencapai segala cita-cita yang di impikan untuk masa depan.Segala usaha dan komitmen akan diberikan untuk mencapai segala-galanya untuk berjaya dalam kehidupan ini.


Ilmu dan pengalaman amat penting dan bernilai untuk berjaya dalam kehidupan ini.Kadang kala hidup ini amat sukar ditempuhi jika masalah yang timbul itu tiada kaitan dengan ilmu dan pengalaman yang kita ada.Jadi, inilah yang akan memberikan cabaran dan ia mesti ditempuhi .

Walaupun ilmu dan pengalaman adalah asas dalam berjaya, namun sebagai manusia naluri untuk merujuk kehidupan ini dengan agama tidak dapat dinafikan.Agama adalah matlamat dan panduan dalam menuruti kehidupan yang lebih bermakna.Ia bukanlah suatu kongkongan dalam meneruskan kejayaan dalam kehidupan ,malah ia adalah pendokong untuk merealisasikan kejayaan itu sendiri.


Selain itu, usaha dan tawakkal merupakan prinsip yang mesti di laksanakan jika ingin kehidupan ini lebih keberkatan.Oleh itu,segala perkara yang ingin dilakukan dalam kehidupan ini mestilah seimbang dari aspek dunia dan akhirat kelak.

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Al-Quran

Al-Quran merupakan anugerah yang diberikan Allah kepada hamba-Nya di kalangan umat Nabi Muhammad sahaja.Ini menunjukkan kurniaan yang diberikan itu adalah sebagai pendorong kepada umat-umat Rasulullah agar berpegang teguh dengan ajaran yang dibawa oleh Rasul daripada Allah s.w.t.

Berdasarkan kemuliaan Al-Quran itu sendiri yang diturunkan pada 17Ramadhan melalui perantaraan Jibril a.s , Allah turut memulakan penurunan ayat Al-Quran itu sendiri melalui perantaraan Jibril dengan kalimah "IQRA" iaitu bacalah.Ayat yang diturunkan ini menunjukkan Allah s.w.t mengarahkan hamba-Nya agar membaca iaitu menuntut ilmu dan ilmu sahajalah yang akan membuat hamba-Nya lebih beriman dan Allah hanya melihat kepada keimanan dikalangan hamba-Nya sahaja tanpa melihat keturunan, harta, pangkat dan kekuatan didalam diri manusia itu.

Menurut maksud Hadis Nabi Muhammad iaitu:

"Telah di tinggalkan dua perkara yang jika mana umatku berpegang teguh dengannya, maka tidak akan sesatlah selama-lamanya iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w.".

Oleh itu, kita sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah perlulah menghayati dan mengikuti Al-Quran itu dengan membacanya, memahaminya, menghayatinya dan mengkaji segala ilmu-ilmu yang ada didalam Al-Quran itu.Sesungguhnya Islam itu agama yang indah, maka perindahkanlah diri kita dengan segala tuntutan yang ada didalam Al-Quran dan Islam secara keseluruhannya.

Kehidupan 1

Dalam dunia ini banyak cabaran dalam mencapai apa yang kita inginkan terutamanya ingin berjaya dalam pelajaran , perniagaan , pengurusan keluarga dll.Banyak yang perlu di tempuhi sebelum kita dapat mencapai semua yang kita cita-citakan dalam kehidupan ini.


Walaubagaimanapun, cabaran yang datang itu sedikit sebanyak telah memberikan pengalaman dalam situasi yang kita hadapi bagi menyelesaikan cabaran itu.Selain itu,kita dapat berkongsi dan membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi melalui pengalaman yang telah kita lalui.


Pengalaman dan pengetahuan hendaklah digabungkan seiring dalam menempuhi kehidupan ini.Pengalaman tanpa ilmu adalah sia-sia dalam menempuhi hidup pada masa kini dan juga sebaliknya jika ilmu tanpa pengalaman.


Kehidupan adalah perjalanan......................

Sunday, September 14, 2008

Keberkatan

Manusia merupakan hamba yang dijadikan didunia ini untuk melaksanakan segala amanah yang telah dijanjikan dengan Tuhan-Nya.Kehidupan ini amatlah rugi jika tiada nilai keberkatan yang terkandung didalamnya.Dalam melaksanakan janji ini, manusia perlulah mematuhi dan melaksanakan perintah-Nya dengan seikhlas-ikhlasnya bagi memperolehi keberkatan didalam segala perbuatan yang dilakukan.


Kehidupan yang dikecapi ini bukanlah kekal buat selama-lamanya, namun manusia perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam melengkapkan kehidupan didunia ini dengan ‘harta’. ‘Harta’ itu sebenarnya adalah pelengkap kepada manusia yang akan memudahkan manusia untuk melaksanakan amalan dan bukannya sebagai nikmat untuk kelalaian.


Keberkatan itu adalah amat bernilai kepada kehidupan manusia.Keberkatan dari-Nya, ibu dan bapa, para guru, ahli keluarga dan masyarakat adalah suatu keinginan yang amat diharapkan oleh manusia agar ianya dikurniakan kepada dirinya.Nilai-nilai kebahagiaan inilah yang amat dinantikan manusia didalam melengkapkan kehidupan mereka.


Maka manusia yang wujud didunia ini perlulah melaksanakan segala amalan dan suruhan-Nya dengan tenang dan memastikan ianya akan dilimpahkan keberkatan.Manusia yang dikurniakan dengan keberkatan didunia ini merupakan manusia yang amat bertuah dan ‘harta’ yang dikurniakan itu perlulah dipelihara nilai keberkatan yang dicurahkan sampai bila-bila.


Sesungguhnya keberkatan itu adalah punca bagi kebahagiaan manusia didunia ini.Oleh itu, setiap manusia perlulah berusaha mencapainya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

Wednesday, September 10, 2008

Puasa


Telah diturunkan pada bulan Ramadhan itu iaitu Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Monday, September 1, 2008

Kelebihan Ramadhan

Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga merupakan penghulu segala bulan. Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu ialah, Allah s.w.t telah menurunkan kitab suci Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi seluruh umat manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Telah diwajibkan keatas kamu berpuasa) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Selain itu, telah di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam iaitu Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan (83 tahun). Menurut ulama, Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam kesepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Maka jangan disia-siakan keseluruhan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan perlulah dipenuhi dengan amal ibadat sebagai bekalan kita sebagai hamba Allah bagi kesejahteraan didunia dan akhirat.

Puasa Ramadhan

Ibadah puasa adalah menahan diri daripada segala perkara yang membatalkannya disepanjang hari, bermula dari terbit fajar(subuh) hingga tenggelam matahari(maghrib) dengan disertakan dengan niat.Ia diwajibkan kepada seluruh umat Islam dibulan Ramadhan.Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilakukan.Menurut hadis Nabi yang bermaksud:

“Dari Ibn Umar, r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah (dengan menyakini) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Puasa Ramadan wajib ditunaikan bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya, dengan menahan diri daripada makan minum serta bersetubuh disiang hari, malah semua perkara yang boleh membatalkannya sebagai satu amal ibadat kepada Allah s.w.t.

Ibadat itu mampu merapatkan jurang perbezaan di kalangan manusia terutama antara si kaya dan miskin kerana sama-sama menahan lapar dan dahaga.Malah, puasa turut menyumbang kepada kesihatan akal dan jasmani seseorang, melatih diri bersabar, menahan kehendak nafsu dan melahirkan sifat lemah-lembut, tolak ansur, belas kasihan dan prihatin terhadap sesama manusia.

About Me

My photo
I am an engineering student.For more information, please contact teenagemuslim@gmail.com

Kata-kata

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Adakah blog ini

© Copyright 2008

iqra-muslim.blogspot.com

teenagemuslim@gmail.com

iqra-muslim © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO