Carian

Friday, January 16, 2009

Palestine

Hidup...hidup, hidup Islam,
Hidup...hidup, hidup Palestin,
Hancur...hancur, hancur Israel,
Hancur...hancur, hancur AS,

Palestin kini masih bermandikan darah rakyatnya sendiri tatkala Israel Laknatullah turut meneruskan serangan yang makin rancak tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berlakunya hentian serangan terhadap Wilayah Gaza.Serangan yang makin menghampiri 1 bulan ini terus dilakukan dengan mengakibatkan bilangan rakyat Palestin yang tidak berdosa terkorban melebihi 1000 orang dan yang cedera sudah mencecah 5000 orang.Mengapa ini terus berlaku? .Adakah ada penyelesaian didalam peperangan ini?.

Masyarakat didunia kini semakin bangkit dalam menentang kekejaman dan penghapusan rakyat Palestin dari negaranya sendiri. Setiap hari akhbar-akhbar memaparkan berita mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin ini, namun negara-negara besar masih tidak dapat melakukan apa-apa tindakan. Perpecahan antara umat Islam juga semakin jelas terlihat apabila negara jiran Palestin seperti Mesir tidak langsung memberikan pertolongan dengan membuka sempadan negaranya untuk pelarian peperangan yang makin terhimpit dengan bekalan ubat-ubatan dan makanan yang kekurangan. Apakah pemimpin-pemimpin negara mesir merasakan itu bukan tanggungjawab mereka? .Inilah yang perlu kita sebagai umat Islam sama-sama mengembalikan kegemilangan dan kesatuan yang utuh dan kukuh sesama umat dan negara-negara Islam di BUMI ALLAH ini.

Tuesday, January 13, 2009

Poster Palestin




Thursday, January 8, 2009

Save Gaza









Tuesday, January 6, 2009

OIC ? PBB ?

Kekejaman Israel terhadap umat Islam di Gaza makin berlarutan disebabkan keangkuhan dan keegoan mereka untuk menguasai negara berdaulat Palestin.Amerika Syarikat yang menganggap serangan di Gaza itu sebagai serangan 'balas' sahaja bagi pihak Israel terhadap Hamas menyebabkan perkara ini berlarutan disebabkan beberapa kuasa besar yang dianggap 'kebal' tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menamatkan peperangan ini.

Israel seakan-akan menjadikan negara Palestin ini sebagai 'medan ujian' bagi mereka dalam menguji beberapa senjata baru yang direka untuk tenteranya.Kini, terdapat sumber-sumber yang menyatakan pihak Israel telah menggunakan SENJATA KIMIA terhadap penduduk Gaza.Namun ia dinafikan oleh seorang jurucakap bagi tentera Israel.Apakah penafian itu boleh dipercayai oleh seluruh masyarakat dunia kini? sedangkan pelan gencatan senjata yang dipersetujui oleh pihak Israel dan Palestin turut di nafikan oleh mereka, masakan penggunaan senjata KIMIA ini boleh dielakkan.Fikirkanlah.



Masyarakat dunia kini turut tertanya-tanya mengenai peranan beberapa pertubuhan yang dikatakan berkuasa dalam membuat sesuatu keputusan terhadap negara anggotanya, namun sehinggan hari ini PBB tidak melakukan sebarang mesyuarat pun untuk mendesak serangan terhadap Gaza oleh pihak Israel dihentikan.Apakah peranan mereka? Apa fungsi yang dimainkan dalam membantu negara-negara anggota?.Bagi negara-negara Islam pertubuhan OIC sehinggan kini turut tidak melakukan sebarang perjumpaan dalam membantu menghentikan serangan terhadap Gaza.Adakah negara yang menyertai OIC ini hanya menyertai pertubuhan ini untuk kepentingan ekonomi negara mereka sahaja?.Mungkin disebabkan kebanyakan negara-negara yang menyertai OIC ini mempunyai hasil minyak yang banyak, maka mereka yang pada dasarnya dilihat bebas dari pengaruh kuasa besar luar tetapi sebenarnya adalah 'PAK TURUT' bagi negara yang dikatakan 'KEBAL' ini.



Maka kita sebagai masyarakat yang perihatin marilah sama-sama kita berdoa agar ALLAH melindungi umat Islam dari ditindas."Ya ALLAH Engkau Hapuskanlah Negara Yahudi Ini dan Engkau Bantulah Pejuang-pejuang Islam Yang Berjihad DijalanMu Dalam Mempertahankan Negaranya Itu dan Berikanlah Kemenangan Kepada Umat Islam Seluruhnya".AMIN.

Monday, January 5, 2009

Doa Untuk Ahli Gaza

حسبنا الله و نعم الوكيل يا ذا الجلال و العزة
اللهم انقذ المسلمين فى غزة
اللهم كن لهم عونا و نصيرا


اللهم ربنا جل ثناؤك و تقدست اسماؤك
اللهم لا يرد امرك و لا يهزم جندك سبحانك و بحمدك


اللهم عليك باليهود الظالمين
اللهم منزل الكتاب,هازم الاحزاب,مجرى السحاب
اهزمهم و زلزلهم


اللهم ارينا فيهم عجائب قدرتك .. قتلة الرسل و الانبياء
ظلمت العزل الابرياء


اللهم حرر المسلمين فى غزة يا ذا الجلال و العزة


اللهم فك اسرهم و اشفى مريضهم و اكشف كربتهم


اللهم بدل خوفهم امنا يا ذا الجلال و العزة


اللهم اعز الاسلام و المسلمين و اذل الشرك و المشركين و دمر اعداء الدين


و احمى حوزة الاسلام
و اجمع كلمة المسلمين على الحق يا رب العالمين


اللهم انج المستضعفين المسلمين فى كل مكان


اللهم اصلح احوال المسلمين فى فلسطين و العراق و فى كل مكان


اللهم الف بين قلوبهم و اهديهم سبل السلام و اخرجهم من الظلمات الى النور
يا ذا الجلال و الاكرام و العزة

Sumber:http://almakki.wordpress.com/

Saturday, January 3, 2009

Israel+US

Dunia pada akhir-akhir ini dikejutkan dengan serangan baru yang dilakukan oleh pihak israel terhadap palestin dengan berita kematian yang mencapai beribu-ribu orang dalam hanya beberapa hari sahaja.Pihak israel yang kononnya bertindak atas dasar memerangi pejuang-pejuang hamas sebenarnya ingin meluaskan kawasan jajahan mereka terhadap penduduk palestin terutama di tebing gaza.




Seluruh negara mengecam tindakan yang telah dilakukan oleh pihak israel itu, namun ada dalang disebalik serangan yang memberi 'lampu hijau' kepada pihak israel iaitu US dan sekutunya.PBB @ UN yang menjadi penyatuan negara didunia ini hanyalah menjadi alat kepada negara-negara yang 'berkuasa' hanya untuk kepentingan sendiri.



Serangan yang dilakukan israel itu hanya dilihat sebagai serangan balas oleh masyarakat dunia tanpa menyelidik motif sebenar yang dilakukan israel.Jika ada serangan yang dilakukan oleh umat islam terhadap sekutu mereka ini maka label 'PENGGANAS' akan digunakan manakala serangan yang melibatkan pihak zionis dan kafir terhadap masyarakat islam di palestin, iraq, afghanistan dan negara lain maka label 'MEMERANGI PENGGANAS' akan digunakan.Apakah peranan pertubuhan-pertubuhan dunia dalam menghentikan kekejaman ini dari terus dilakukan ? Dimana peranan PBB @ UN ? Dimana OIC ? Dimana peranan pemimpin negara-negara arab?

About Me

My photo
I am an engineering student.For more information, please contact teenagemuslim@gmail.com

Kata-kata

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Adakah blog ini

© Copyright 2008

iqra-muslim.blogspot.com

teenagemuslim@gmail.com

iqra-muslim © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO