Carian

Tuesday, January 6, 2009

OIC ? PBB ?

Kekejaman Israel terhadap umat Islam di Gaza makin berlarutan disebabkan keangkuhan dan keegoan mereka untuk menguasai negara berdaulat Palestin.Amerika Syarikat yang menganggap serangan di Gaza itu sebagai serangan 'balas' sahaja bagi pihak Israel terhadap Hamas menyebabkan perkara ini berlarutan disebabkan beberapa kuasa besar yang dianggap 'kebal' tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menamatkan peperangan ini.

Israel seakan-akan menjadikan negara Palestin ini sebagai 'medan ujian' bagi mereka dalam menguji beberapa senjata baru yang direka untuk tenteranya.Kini, terdapat sumber-sumber yang menyatakan pihak Israel telah menggunakan SENJATA KIMIA terhadap penduduk Gaza.Namun ia dinafikan oleh seorang jurucakap bagi tentera Israel.Apakah penafian itu boleh dipercayai oleh seluruh masyarakat dunia kini? sedangkan pelan gencatan senjata yang dipersetujui oleh pihak Israel dan Palestin turut di nafikan oleh mereka, masakan penggunaan senjata KIMIA ini boleh dielakkan.Fikirkanlah.



Masyarakat dunia kini turut tertanya-tanya mengenai peranan beberapa pertubuhan yang dikatakan berkuasa dalam membuat sesuatu keputusan terhadap negara anggotanya, namun sehinggan hari ini PBB tidak melakukan sebarang mesyuarat pun untuk mendesak serangan terhadap Gaza oleh pihak Israel dihentikan.Apakah peranan mereka? Apa fungsi yang dimainkan dalam membantu negara-negara anggota?.Bagi negara-negara Islam pertubuhan OIC sehinggan kini turut tidak melakukan sebarang perjumpaan dalam membantu menghentikan serangan terhadap Gaza.Adakah negara yang menyertai OIC ini hanya menyertai pertubuhan ini untuk kepentingan ekonomi negara mereka sahaja?.Mungkin disebabkan kebanyakan negara-negara yang menyertai OIC ini mempunyai hasil minyak yang banyak, maka mereka yang pada dasarnya dilihat bebas dari pengaruh kuasa besar luar tetapi sebenarnya adalah 'PAK TURUT' bagi negara yang dikatakan 'KEBAL' ini.



Maka kita sebagai masyarakat yang perihatin marilah sama-sama kita berdoa agar ALLAH melindungi umat Islam dari ditindas."Ya ALLAH Engkau Hapuskanlah Negara Yahudi Ini dan Engkau Bantulah Pejuang-pejuang Islam Yang Berjihad DijalanMu Dalam Mempertahankan Negaranya Itu dan Berikanlah Kemenangan Kepada Umat Islam Seluruhnya".AMIN.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

About Me

My photo
I am an engineering student.For more information, please contact teenagemuslim@gmail.com

Kata-kata

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Adakah blog ini

© Copyright 2008

iqra-muslim.blogspot.com

teenagemuslim@gmail.com

iqra-muslim © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO