Carian

Saturday, January 3, 2009

Israel+US

Dunia pada akhir-akhir ini dikejutkan dengan serangan baru yang dilakukan oleh pihak israel terhadap palestin dengan berita kematian yang mencapai beribu-ribu orang dalam hanya beberapa hari sahaja.Pihak israel yang kononnya bertindak atas dasar memerangi pejuang-pejuang hamas sebenarnya ingin meluaskan kawasan jajahan mereka terhadap penduduk palestin terutama di tebing gaza.




Seluruh negara mengecam tindakan yang telah dilakukan oleh pihak israel itu, namun ada dalang disebalik serangan yang memberi 'lampu hijau' kepada pihak israel iaitu US dan sekutunya.PBB @ UN yang menjadi penyatuan negara didunia ini hanyalah menjadi alat kepada negara-negara yang 'berkuasa' hanya untuk kepentingan sendiri.



Serangan yang dilakukan israel itu hanya dilihat sebagai serangan balas oleh masyarakat dunia tanpa menyelidik motif sebenar yang dilakukan israel.Jika ada serangan yang dilakukan oleh umat islam terhadap sekutu mereka ini maka label 'PENGGANAS' akan digunakan manakala serangan yang melibatkan pihak zionis dan kafir terhadap masyarakat islam di palestin, iraq, afghanistan dan negara lain maka label 'MEMERANGI PENGGANAS' akan digunakan.Apakah peranan pertubuhan-pertubuhan dunia dalam menghentikan kekejaman ini dari terus dilakukan ? Dimana peranan PBB @ UN ? Dimana OIC ? Dimana peranan pemimpin negara-negara arab?

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

About Me

My photo
I am an engineering student.For more information, please contact teenagemuslim@gmail.com

Kata-kata

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Adakah blog ini

© Copyright 2008

iqra-muslim.blogspot.com

teenagemuslim@gmail.com

iqra-muslim © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO