Carian

Tuesday, September 23, 2008

Manusia Unggul

Manusia merupakan makhluk yang dijadikan oleh Allah dengan kesempurnaan dan kepelbagaian sifat yang di sertakan dalam diri mereka. Sifat yang dimiliki oleh manusia itu ada berbagai dan berbeza yang akan mencorakkan perwatakan diri mereka dalam kehidupan ini. Marah, tenang, gembira, muram, sedih, takut, berani, sabar, cemburu, dan banyak lagi adalah sifat-sifat yang ada dalam diri seseorang manusia.Setiap manusia itu pula berbeza dari segi pembawaan sifat-sifat yang dimiliki mereka, ada yang kegembiraan melebihi kemarahan, keberanian melebihi ketakutan dan ada juga yang sebaliknya.


‘Watak’ yang dipegang oleh setiap manusia didunia ini adalah berbeza dan setiap watak yang dipegang itu mempunyai kelebihan dan kekurangan .Ada yang berjaya ‘melakonkan watak’ yang diberi oleh Tuhan iaitu Allah dengan baik dan ada juga yang tidak dapat ‘melakonkan watak’ yang diberi malahan bercanggah dengan watak yang diberi oleh Allah.Setiap ‘pelakon’ yang dapat ‘melakonkan watak’ diberi dengan baik akan diberi ganjaran SYURGA manakala yang tidak dapat ‘melakonkan watak’ dengan baik akan menerima ganjaran NERAKA.


Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin berjaya didunia, namun bagi orang Islam kejayaan dalam memenuhi matlamat mereka adalah ingin mencapai kejayaan didunia dan diakhirat.Matlamat yang dituju itu amat jelas sekali, namun pada hakikatnya terdapat segelintir dari manusia itu sendiri yang terpesong dari matlamat yang sepatutnya mereka tujui dalam kehidupan ini.


Walaubagaimanapun, pengisian dalam jadual kehidupan itu amatlah penting dan perlulah sentiasa seiring dengan dengan matlamat yang dituju.Ilmu dunia dan akhirat perlulah dituntut oleh setiap manusia kedua-duanya bagi mengisi kekosongan jiwa disamping memperaktikkan ilmu yang dimiliki itu dengan sempurna dalam kehidupan dan menuju matlamat mereka dengan penuh kebenaran.


Kejayaan pasti akan dicapai manusia jika pengisian dalam kehidupan mereka itu berlandaskan ciri-ciri Islam.Dengan sentiasa mengingati dan berusaha dalam mencapai matlamat yang mereka tujui inilah yang akan menjadikan manusia itu lebih berwaspada dengan pengisian dan cara hidup mereka.Ganjaran yang paling bernilai bagi kejayaan ini amatlah dinanti-nantikan dan diharapkan dapat dicapai oleh setiap manusia itu sendiri iaitu’SYURGA’ dan hanya akan dapat dicapai melalui jalan ISLAM yang benar dan UNGGUL.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

About Me

My photo
I am an engineering student.For more information, please contact teenagemuslim@gmail.com

Kata-kata

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Adakah blog ini

© Copyright 2008

iqra-muslim.blogspot.com

teenagemuslim@gmail.com

iqra-muslim © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO