Carian

Friday, October 24, 2008

Perjalanan

Perjalanan adalah kitaran yang berlaku didalam kehidupan manusia. Kehidupan tanpa perjalanannya adalah mustahil kerana manusia mempunyai matlamatnya didalam kehidupan.Manusia itu berbeza pengalamannya menerusi perjalanan kehidupan mereka dan pengisian perjalanan kehidupan itu.

Manusia yang mudah perjalanan kehidupannya adalah sedikit pengalamannya dan manusia yang sukar perjalanan kehidupannya maka banyaklah pengalaman didalam hidupnya.Manusia yang berjaya didalam kehidupan adalah manusia yang dapat memanfaatkan perjalanan kehidupan mereka dengan pelbagai kebaikan yang merangkumi pendidikan, ekonomi, politik dan sosial.

Amatlah sukar dalam menempuhi perjalanan kehidupan ini berseorangan, maka kita sebagai seorang insan perlulah bermuafakat dalam menjadikan perjalanan kehidupan ini lebih menarik dan dipenuhi dengan pelbagai kenangan.Kenangan yang dimiliki oleh setiap insan juga adalah berbeza dan inilah yang mencorakkan manusia itu memiliki identitinya yang tersendiri.

Kenangan adalah hasil dari perjalanan kehidupan ini dan ia amatlah diperlukan oleh setiap manusia kerana inilah yang akan membantu manusia dalam menempuhi kehidupan yang lebih bermakna kepada generasi yang dipimpinnya.Kenangan yang indah bukanlah segala-galanya didalam kehidupan ini kerana manusia juga memerlukan kenangan yang pahit didalam kehidupan mereka. Kenangan yang pahit adalah pencetus kepada diri manusia itu agar lebih berhati-hati dalam menempuhi kehidupan.

Kehidupan yang bermakna adalah kehidupan manusia yang dapat mengharungi segala rintangan didalam perjalanan hidupnya ini dengan kesabaran.Perjalanan yang berliku-liku ini juga adalah sebagai pemangkin kepada diri manusia itu untuk mengasah nilai-nilai positif didalam dirinya.Nilai yang dikurniakan ini adalah nikmat yang amat berharga dan bermakna bagi setiap manusia.

Oleh itu, manusia perlulah menempuhi perjalanan kehidupan ini dengan lebih berwaspada dan menyelesaikan segala ’tugasan’ yang diberikan-Nya dengan penuh ketaqwaan dan keinsafan.Perjalanan adalah laluan yang akan ditempuhi manusia untuk menuju ‘Hari Kebahagiaan’ kelak.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

About Me

My photo
I am an engineering student.For more information, please contact teenagemuslim@gmail.com

Kata-kata

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Adakah blog ini

© Copyright 2008

iqra-muslim.blogspot.com

teenagemuslim@gmail.com

iqra-muslim © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO