Carian

Tuesday, December 29, 2009

Manusia

Manusia itu banyak kekurangannya,

Berkata banyak khilafnya,
Berbakti ada maknanya,
Memberi ada keinginannya,

Hidup manusia ini ada sebabnya,
Dicipta bukan sia-sia,
Iman menjadi keutamaannya,
Amalan penentu kedudukannya,

Agama terus dibela,
Agar Islam terus membina,
Tidak menjadi hamba didunia,
Sebaliknya ketua pada manusia,

Kekurangan sering diperkata,
Yang baik kurang dicerita,
Merasa sentiasa berada,
Walau diri jauh disisi-Nya,

Yang berkuasa diagungkannya,
Mengharap diri tidak merana,
Kerana ada pelindung dirinya,
Walau ia cuma sementara,

Muhasabah diri kurang dilaksana,
Harap yang terbaik pada segalanya,
Rukun agama kurang belaka,
Kerana mengejar nikmat dunia,

Wahai manusia didunia,
Hidup ini cuma sementara,
Bukan kekal milik kita,
Hanya dipinjamkan oleh empunya,

Agar kita tidak terleka,
Bagai pelita yang malap bercahaya,
Semoga diisi segala limpahnya,
Bagi menempuh hari yang tidak disangka,

Janganlah lupa kepada-Nya,
Sebagai pencipta manusia yang ada,
Khalifah pada makhluk dicipta,
Semoga kita berada disyurga.

Nukilan:fitriazlan@gmail.com



2 Comentários:

~green butterfly~ said...
This comment has been removed by the author.
~green butterfly~ said...

puitis gitew....

Post a Comment

About Me

My photo
I am an engineering student.For more information, please contact teenagemuslim@gmail.com

Kata-kata

Hidup memerlukan pengorbananan.

Pengorbanan memerlukan perjuangan.

Perjuangan memerlukan ketabahan.

Ketabahan memerlukan keyakinan.

Keyakinan pula menentukan kejayaan.

Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Adakah blog ini

© Copyright 2008

iqra-muslim.blogspot.com

teenagemuslim@gmail.com

iqra-muslim © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO